Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) UTeM. 

Laman sesawang ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) UTeM yang terdiri daripada Pejabat Pembangunan, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), Pejabat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA), Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU) dan juga Pejabat Keselamatan. Di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) juga terdapat Pejabat Khidmat Pengurusan yang menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan bagi semua Pihak Berkuasa Universiti yang diletakkan di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti).

Saya berharap laman sesawang ini akan dapat memberi input dan panduan yang komprehensif kepada semua yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara antara pejabat ini dengan masyarakat luar dan staf universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan kami. 

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) agar lebih interaktif dan berinformasi.

Selamat melayari laman sesawang ini. 

Sekian, terima kasih.

Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Ridzuan bin Nordin

PENOLONG NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN & PENGURUSAN FASILITI)

 

 

 

 

1781333
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
4009
5846
9855
1729284
110431
181884
1781333

Peristiwa

No events

Pejabat Penolong Naib Canselor
(Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya
Durian Tunggal, 76100
Melaka, Malaysia
Tel: 06-3316248
Fax: 06-3316719
Emel: ppf@utem.edu.my