PEJABAT PENGURUSAN FASILITI - PPF

PEJABAT PENGURUSAN FASILITI - PPF
PEJABAT PENGURUSAN FASILITI ADALAH PEJABAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PENGURUSAN OPERASI, PENYELENGGARAAN DAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL BAGI KESELURUHAN PRASARANA, INFRA DAN FASILITI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA SELAIN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAGI MENGURUSKAN UPACARA DAN AKTIVITI UTAMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.

FUNGSI PPF

BAHAGIAN AWAM DAN PERABOT

BAHAGIAN AWAM DAN PERABOT

Menyediakan dan menguruskan operasi serta perkhidmatan berkaitan kejuruteraan Awam dan juga pengurusan perabot universiti serta stor bekalan bahan mentah dan bahan teknikal Pejabat Pengurusan Fasiliti
BAHAGIAN ELEKTRIK DAN AUDIO VIDEO

BAHAGIAN ELEKTRIK DAN AUDIO VIDEO

Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi sistem bekalan elektrik (high voltage dan low voltage) dan pengurusan  teknikal bagi audio dan video di keseluruhan Kampus Induk Universiti  Teknikal Malaysia Melaka
BAHAGIAN MEKANIKAL DAN AUTOMOTIF

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN AUTOMOTIF

Menyediakan dan menguruskan perkhidmatan berkaitan peralatan Mekanikal dan Automotif bagi keseluruhan Kampus Induk dan Kampus Teknologi Bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
BAHAGIAN LANDSKAP DAN LADANG

BAHAGIAN LANDSKAP DAN LADANG

Menyediakan perkhidmatan berkaitan pengurusan lanskap universiti, tanaman, pembekalan pokok dan perhiasan serta pengurusan ladang dan kebun Universiti .
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN UPACARA

BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN UPACARA

Menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara universiti termasuk penjagaan kebersihan dan pencucian di keseluruhan Kampus Induk Universiti  Teknikal Malaysia Melaka
BAHAGIAN ASET DAN KENDERAAN

BAHAGIAN ASET DAN KENDERAAN

Menyediakan perkhidmatan pengurusan tempahan kenderaan, pengurusan pemandu kenderaan universiti dan juga pengurusan aset di keseluruhan Kampus Induk Universiti  Teknikal Malaysia Melaka
BAHAGIAN KAMPUS TEKNOLOGI DAN PFI

BAHAGIAN KAMPUS TEKNOLOGI DAN PFI

Menyediakan perkhidmatan penyeliaan dan pengawalan bagi kampus cawangan (Kampus Teknologi) dan kawasan konsesi pajakan PFI di Kolej Kediaman Satria di Universiti  Teknikal Malaysia Melaka
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Melaksanakan pengurusan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia bagi Pejabat Pengurusan Fasiliti bagi membolehkan Pejabat Pengurusan Fasiliti beroperasi dengan baik dan berkesan

Pejabat Pengurusan Fasiliti adalah pejabat yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi dan melaksanakan penyelenggaraan prasarana, fasiliti dan kemudahan fizikal bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pejabat ini diwujudkan setelah penstrukturan semula organisasi di dalam universiti pada tahun 2019. Selepas beberapa tahun beroperasi, pejabat ini telah menerima status sebagai salah sebuah pusat tanggungjawab (PTj) pada tahun 2022. Sehingga kini terdapat pejabat ini masih lagi meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi universiti dan menjadi salah sebuah PTj yang penting dalam memberikan sokongan kepada operasi harian universiti. Ini termasuklah menjalankan penyeliaan dan kawalan kepada Kampus Cawangan dan kawasan konsesi.

Mengenai PPF
Perlaksanaan operasi dan penyelenggaraan yang terbaik menjadi agenda utama jabatan khususnya dan universiti amnya bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan pengguna bangunan sentiasa terjamin.

Pejabat Pengurusan Fasiliti

AKTIVITI TERKINI

GALERI VIDEO

APLIKASI ATAS TALIAN

Direktori PPF
ePerolehan
SMF
eFEMS
MyMesyuarat
Muat Turun
SMSM
SMKB
SDG