Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Suruhanjaya Tenaga (ST) ialah badan yang bertanggungjawab mereka label ini. Label ini bertujuan untuk menggalakkan industri untuk mencipta barangan eletrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, pengguna juga dapat mengenal pasti barangan manakah yang lebih cekap tenaga.
Pilih peralatan elektrik yang mempunyai lebih daripada 3 bintang rating serta logo merah seperti di dalam gambar:
Label ini boleh didapati pada barangan eletrik seperti peti sejuk, penghawa dingin, televisyen dan kipas angin.
![]()
Pengiraan kecekapan tenaga ditentukan melalui kaedah ujian yang dijalankan oleh pihak SIRIM. Kaedah tersebut diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Jika pengujian tersebut lulus, ST akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 hingga 5 bintang.
