BERITA

Berita | Info | Video

PERTANDINGAN REKACIPTA INFO GRAFIK ONLINE PROGRAM PENGHAYATAN ALAM SEKITAR 2020 (PPAS 2020)

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
This image for Image Layouts addon


PERTANDINGAN REKACIPTA INFO GRAFIK ONLINE PROGRAM PENGHAYATAN ALAM SEKITAR 2020 (PPAS 2020)

PERTANDINGAN REKACIPTA INFO GRAFIK ONLINE
PROGRAM PENGHAYATAN ALAM SEKITAR 2020 (PPAS 2020)
ANJURAN PEJABAT KESELAMATAN PEKERJAAN DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR (KPKA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan Rekacipta Info Grafik Online Program Penghayatan Alam Sekitar 2020 (PPAS 2020) adalah anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
2. Tempoh pertandingan bermula dari 17 September 2020 hingga 1 Oktober 2020.
3. Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut: https://rb.gy/79rtv5


TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

A. KELAYAKAN PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada warga dan bermastautin di Melaka sahaja.
2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU dan bukan berkumpulan.
3. Peserta hendaklah menghasilkan satu (1) info grafik dalam kategori yang dipertandingkan samada Penjimatan Tenaga, Penjimatan Air, Pengurusan Sisa, Keselamatan Pekerjaan atau Kesihatan Pekerjaan.
4. Peserta turut dibenarkan menyertai kelima-lima kategori tersebut, namun masih tertakluk kepada satu (1) info grafik sahaja dibenarkan untuk setiap kategori.
5. Peserta dikehendaki “like” laman Facebook KPKA UTeM.

B. PENGHASILAN INFO GRAFIK
1. Peserta perlu menghasilkan info grafik dalam kategori yang dipertandingkan mengikut kreativiti masing-masing.
2. Kos penyediaan info grafik adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
3. Setiap hasil info grafik mestilah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan merupakan kerja asal/asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau diterbitkan di mana-mana media massa seperti portal/media sosial/blog dan sebagainya sebelum ini.
4. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan penyertaan peserta akan terbatal dengan sendirinya.
5. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan ringkasan penyertaan atau makna bagi info grafik tersebut.
6. Info grafik hendaklah bersaiz A3 dalam format “.jpeg” dan perlu dimuat naik melalui Google Form. (imbas kod QR atau masuk ke pautan yang diberikan)
7. Info grafik mestilah mempunyai kualiti visual yang baik serta jelas.
8. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

C. TUNTUTAN HAK CIPTA
1. Semua penyertaan adalah menjadi hak milik KPKA UTeM.
2. KPKA UTeM berhak untuk menerbit, mengeluar, memapar, mengedar dan menyunting mana-mana hasil karya di laman web, pameran, saluran media atau media sosial yang lain untuk kegunaan penganjur. Info grafik yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.


D. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1. Tawaran hadiah bagi pemenang untuk kelima-lima kategori adalah seperti berikut:
a) Hadiah Tempat Pertama RM 100.00 + Sijil Penyertaan
b) Hadiah Tempat Kedua RM 60.00 + Sijil Penyertaan
c) Hadiah Tempat Ketiga RM 50.00 + Sijil Penyertaan
d) Hadiah Saguhati (5 pemenang) RM 30.00 + Sijil Penyertaan

2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
3. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel.

E. PERTANYAAN
1. Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi:
a) Puan Rusni binti Hasan (06-270 4545/4491)
b) Yang Chik binti Abdul Rahman

Search