BERITA

Berita | Info | Video

KEMPEN "WE LOVE CITIES"

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg.Datuk Wira/Datuk/Dato'./Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
 
 
Bandaraya Melaka melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah dipilih sebagai Global Finalist di dalam kempen We Love Cities.

Bandaraya Melaka terpilih daripada 56 buah bandaraya di dunia oleh World Wildlife Fund (WWF) di atas usaha giat mengamalkan inisiatif-inisiatif hijau ke arah bandaraya sejahtera dan mampan. 

Tujuan kempen ini adalah untuk mewujudkan kaedah komunikasi yang lebih baik di antara wakil bandaraya (city official) dan komuniti berkaitan dengan isu perubahan iklim dan kemampanan bandar.

Antara tujuan dan tanggungjawab wakil bandaraya yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :  
  1. Warga bandaraya hendaklah mengundi bandaraya mereka 
  2. Cadangan penambahbaikan kepada bandaraya dan 
  3. Bergiat aktif dalam melaksanakan usaha ke arah mewujudkan bandar mampan untuk bandaraya. 
Oleh itu Bandaraya Melaka memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia untuk meletakkan tanda pagar  #weloveMelaka di semua hantaran media sosial dan mengundi Bandaraya Melaka melalui https://welovecities.org/melaka/, mulai 14 September 2020 sehingga 11 Oktober 2020 ini. 

Semoga Bandaraya Melaka Bersejarah dinobatkan sebagai *"Global Winner!”* oleh WWF.  

Terima kasih diatas sokongan berterusan anda semua...!!!  

Search