BERITA

Berita | Info | Video

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK ONLINE 

PROGRAM PENGHAYATAN ALAM SEKITAR 2020 (PPAS 2020) 

ANJURAN PEJABAT KESELAMATAN PEKERJAAN DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR (KPKA)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 

 
  1. MAKLUMAT PERTANDINGAN 

    1. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Online Program Penghayatan Alam Sekitar 2020 (PPAS 2020) adalah anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). 
    2. Tempoh pertandingan bermula dari 5 Oktober 2020 hingga 8 Oktober 2020. 
    3. Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut:  https://qrgo.page.link/3fP82 

     

     

     TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 

     

     KELAYAKAN PENYERTAAN 

        1. Penyertaan adalah percuma dan terbukakepada kanak-kanak yang berumur dari empat (4) hingga dua belas (12) tahun yang merupakan warga dan bermastautin di Melaka sahaja. 
        2. Penyertaan adalah secara INDIVIDUdan bukan berkumpulan.
        3. Pendaftaran dan penyertaan boleh dibuat melalui Google Form selewat-lewatnya pada 8 OKTOBER 2020. (imbas kod QR atau masuk ke pautan yang diberikan) 
        4. Peserta hendaklah mewarna satu (1) artwork sahaja mengikut kategori yang dipertandingkan samada empat (4) hingga enam (6) tahun, tujuh (7) hingga sembilan (9) tahun atau sepuluh (10) hingga dua belas (12) tahun. 
        5. Peserta TIDAK dibenarkan menyertai lebih daripada satu (1) kategori kerana kategori pertandingan dibahagikan mengikut julat umur peserta. 
        6. Peserta dikehendaki like laman FacebookKPKA UTeM. 

           
    PENGHASILAN ARTWORK MEWARNA 

    1.      Artwork boleh dimuat turun melalui Google Form. (imbas kod QR atau masuk ke pautan yang diberikan) 

    2.      Peserta perlu mencetak sendiri artwork yang diberikan mengikut kategori yang sesuai dengan menggunakan kertas A4. 

    3.      Peserta hanya boleh menggunakan pensil warna dan krayon sahaja bagi mewarna artwork tersebut. 

    4.      Peserta perlu mewarna artwork untuk kategori yang dipertandingkan mengikut kreativiti masing-masing tanpa bantuan dari pihak lain. 

    5.      Artwork yang telah siap diwarnakan perlu dimuat naik melalui Google Form. (imbas kod QR atau masuk ke pautan yang diberikan)   

    6.      Peserta perlu memastikan artwork mewarna yang dimuat naik mempunyai kualiti visual yang baik dan jelas. 

    7.      Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhiterma dan syarat pertandingan. 
     

      TUNTUTAN HAK CIPTA 

    1.      Semua penyertaan adalah menjadi hak milik KPKA UTeM. 

    2.      KPKA UTeM berhak untuk menerbit, mengeluar, memapar, mengedar dan menyunting mana-mana hasil karya di laman web, pameran, saluran media atau media sosial yang lain untuk kegunaan penganjur. Artwork mewarna yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya. 


     

    HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN 

    1.      Tawaran hadiah bagi pemenang untuk ketiga-tiga kategori adalah seperti berikut: 

    Hadiah Tempat Pertama                         RM     50.00 + Sijil Penyertaan 
    Hadiah Tempat Kedua                            RM    40.00 + Sijil Penyertaan 
    Hadiah Tempat Ketiga                            RM    30.00 + Sijil Penyertaan 
    Hadiah Saguhati (5 pemenang)            RM    20.00 + Sijil Penyertaan 
     

    2.      Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.Rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan. 

    3.      Pemenang akan dihubungimelalui surat rasmi, telefon atau emel. 

     

     

    PERTANYAAN 

    1.      Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi: 

     
    Dr. Mohd Nur Azmi bin Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ 06-270 4413/4491) 

Search