MAKLUMAT PERTANDINGAN
Pertandingan Video Pendek Menanam Pokok:
Amalan Bumi Hijau adalah anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Tempoh pertandingan bermula dari 17 Julai 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut: https://forms.gle/8PHDNd2id1x2ARTS7
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
KELAYAKAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah percuma dan terbukakepada warga dan bermastautin di Melaka sahaja.
Penyertaan adalah secara INDIVIDUdan bukan berkumpulan.
Peserta hendaklah menghasilkan satu (1) video sahaja yang bertemakan Amalan Bumi Hijau.
Hanya satu (1) video sahaja dibenarkan untuk setiap penyertaan.
Peserta dikehendaki “like” laman FacebookKPKA UTeM.
PENGHASILAN VIDEO
1. Peserta perlu menghasilkan video rakaman aktiviti menanam pokok mengikut kreativiti masing-masing.
2. Setiap hasil video mestilah di dalam Bahasa Melayu dan merupakan kerja asal/aslidan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau disiarkan dan diterbitkan di mana-mana media massa seperti portal/mediasosial/blog dan sebagainya sebelum ini.
3. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan penyertaan peserta akan terbatal dengan sendirinya.
4. Durasi hasil video adalah tidak melebihi tiga (3) minit.
5. Rakaman video mestilah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta jelas.
6. Video yang telah siap perlu dimuat naik ke laman Facebook persendirian dan “tag” ke laman Facebook KPKA UTeM serta meletakkan tanda pagar #videotanampokokkpka.
7. Peserta perlu memaklumkan pautan (URL) video pertandingan yang telah dimuat naik ke Facebook di dalam borang penyertaan.
8. Hanya pautan yang didaftarkan sahaja akan diambilkira untuk penyertaan.
9. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhiterma dan syarat pertandingan.
TUNTUTAN HAK CIPTA
1. Semua penyertaan adalah menjadi hak milik KPKA UTeM.
2. KPKA UTeM berhak untuk menerbit, mengeluar, memapar, mengedar, menyunting dan menayangmana-mana hasil karya di laman web, pameran, saluran media atau media sosial yang lain untuk kegunaan penganjur. Video yang digunakanakan dikreditkan kepada pemilik karya.
HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1. Tawaran hadiah bagi setiappemenang adalah seperti berikut:
- Hadiah Tempat Pertama RM 100.00 + SijilPenyertaan
- Hadiah Tempat Kedua RM 60.00 + Sijil Penyertaan
- Hadiah Tempat Ketiga RM 50.00 + Sijil Penyertaan
- Hadiah Saguhati (5 pemenang) RM 30.00 + Sijil Penyertaan
2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.Rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
3. Pemenang akan dihubungimelalui surat rasmi, telefon atau emel.
PERTANYAAN
Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi:
Encik Mohd Hisyam bin Ibrahim (06-270 4499/4491)