BERITA

Berita | Info | Video

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK WASTE TO PRODUCT | TEMA : INTERACTIVE GAMES

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 


MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Video Pendek Waste to Product adalah anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
2. Tempoh pertandingan bermula dari 13 Oktober 2020 hingga 13 November 2020.
3. Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut: https://forms.gle/kE9ZUAk3jCgNXABs9

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

A. KELAYAKAN PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelajar sekolah/ kolej/ IPTA/ IPTS di Melaka sahaja.
2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN.
3. Peserta hendaklah menghasilkan satu (1) video sahaja yang bertemakan “Interactive Games” daripada bahan buangan atau terpakai.

4. Hanya satu (1) video sahaja dibenarkan untuk setiap penyertaan.
5. Peserta dikehendaki “like” laman Facebook KPKA UTeM.

B. PENGHASILAN VIDEO

1. Peserta perlu menghasilkan video rakaman dari proses penghasilan permainan interaktif sehingga ke demo pengendalian permainan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
2. Setiap hasil video mestilah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan merupakan kerja asal/asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau disiarkan dan diterbitkan di mana-mana media massa seperti portal/media sosial/blog dan sebagainya sebelum ini.
3. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan penyertaan peserta akan terbatal dengan sendirinya.
4. Durasi hasil video adalah tidak melebihi lima (5) minit.
5. Rakaman video mestilah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta jelas.
6. Video yang telah siap perlu dimuat naik ke laman Facebook persendirian dan “tag” ke laman Facebook KPKA UTeM serta meletakkan tanda pagar #videowastetoproductkpka.
7. Peserta perlu memaklumkan pautan (URL) video pertandingan yang telah dimuat naik ke Facebook di dalam borang penyertaan.
8. Hanya pautan yang didaftarkan sahaja akan diambilkira untuk penyertaan.
9. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

C. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Semua penyertaan adalah menjadi hak milik KPKA UTeM.
2. KPKA UTeM berhak untuk menerbit, mengeluar, memapar, mengedar, menyunting dan menayang mana-mana hasil karya di laman web, pameran, saluran media atau media sosial yang lain untuk kegunaan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.


D. PENJURIAN, KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN HADIAH KEMENANGAN

1. Penilaian atau penjurian adalah berdasarkan daripada kriteria berikut:
    a. Penilaian juri profesional berkaitan produk dan persembahan produk di dalam video yang dihasilkan – 50%.
    b. Penilaian jumlah tanda suka (like) di laman facebook – 50%

2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.

3. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel.

4. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
    a) Hadiah Tempat Pertama RM 150.00 + Sijil Penyertaan
    b) Hadiah Tempat Kedua RM 90.00 + Sijil Penyertaan
    c) Hadiah Tempat Ketiga RM 60.00 + Sijil Penyertaan
    d) Hadiah Saguhati (5 pemenang) RM 50.00 + Sijil Penyertaan

E. PERTANYAAN

Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi: Dr. Mohamad Firdaus bin Sukri (06-270 4401/4491)


Search