BERITA

Berita | Info | Video

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SHADOW PUPPET PLAY

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SHADOW PUPPET PLAY
ANJURAN PEJABAT KESELAMATAN PEKERJAAN DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR (KPKA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan Video Pendek Shadow Puppet Play bersempena Earth Hour 2020 Peringkat UTeM adalah anjuran Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
2. Tempoh pertandingan bermula dari 6 Oktober hingga 6 November 2020
3. Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut:
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

A. KELAYAKAN PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pelajar sekolah/ kolej/ IPTA/ IPTS di Melaka sahaja.
2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN.
3. Peserta hendaklah menghasilkan satu (1) video sahaja yang bertemakan “Nature Matters”.
4. Hanya satu (1) video sahaja dibenarkan untuk setiap penyertaan.
5. Peserta dikehendaki “like” laman Facebook KPKA UTeM.

B. PENGHASILAN VIDEO

1. Peserta perlu menghasilkan video rakaman aktiviti permainan wayang berbayang mengikut kreativiti masing-masing.
2. Setiap hasil video mestilah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan merupakan kerja asal/asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau disiarkan dan diterbitkan di mana-mana media massa seperti portal/media sosial/blog dan sebagainya sebelum ini.
3. Karya yang diciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima dan penyertaan peserta akan terbatal dengan sendirinya.
4. Durasi hasil video adalah tidak melebihi lima (5) minit.
5. Rakaman video mestilah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta jelas.
6. Video yang telah siap perlu dimuat naik ke laman Facebook persendirian dan “tag” ke laman Facebook KPKA UTeM serta meletakkan tanda pagar #videoshadowpuppetkpka.
7. Peserta perlu memaklumkan pautan (URL) video pertandingan yang telah dimuat naik ke Facebook di dalam borang penyertaan.
8. Hanya pautan yang didaftarkan sahaja akan diambilkira untuk penyertaan.
9. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

C. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Semua penyertaan adalah menjadi hak milik KPKA UTeM.
2. KPKA UTeM berhak untuk menerbit, mengeluar, memapar, mengedar, menyunting dan menayang mana-mana hasil karya di laman web, pameran, saluran media atau media sosial yang lain untuk kegunaan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.

D. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
a) Hadiah Tempat Pertama RM 150.00 + Sijil Penyertaan
b) Hadiah Tempat Kedua RM 90.00 + Sijil Penyertaan
c) Hadiah Tempat Ketiga RM 60.00 + Sijil Penyertaan
d) Hadiah Saguhati (5 pemenang) RM 50.00 + Sijil Penyertaan
2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
3. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel.

E. PERTANYAAN

1. Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh hubungi:
a) Encik Azlan bin Ahmad (06-270 4550/4491)

Search