is bluehost good

Laman Utama Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) ditubuhkan pada 16 Oktober 2014 selaras dengan penstrukturan dan pengorganisasian semula Universiti Teknikal Malaysia Melaka melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 29/2014.  Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) ditubuhkan bertujuan bagi menjayakan Pelan Strategik Universiti secara khususnya di samping demi memastikan perancangan ini selaras dengan Pelan Strategik yang telah dirangka di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.  Di samping itu juga, dengan penstrukturan baru ini membolehkan proses perancangan, pelaksanaan dan pengurusan sesuatu perkara dilakukan dengan lancar di samping demi mengizinkan sesuatu keputusan dibuat dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff sebagai Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) yang dilantik berkuat kuasa 19 April 2019.  Terdapat satu Pusat Tanggungjawab dan empat Pihak Berkuasa Universiti yang ditempatkan di bawah seliaan Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) iaitu :

  1.  Pejabat Pembangunan
  2.  Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  3.  Pejabat Keselamatan
  4.  Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU)
  5.  Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA)

Di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) juga terdapat Pejabat Khidmat Pengurusan yang menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan bagi semua Pihak Berkuasa Universiti yang diletakkan di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti).

5906728
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
717
5870
24254
5839909
71608
180842
5906728

Peristiwa

No events

Pejabat Penolong Naib Canselor
(Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya
Durian Tunggal, 76100
Melaka, Malaysia
Tel: 06-3316248
Fax: 06-3316719
Emel: ppf@utem.edu.my